PENGENALAN
Membina jatidiri pelajar dengan memberi motivasi dan bimbingan agar berkemampuan dalam menguasai ilmu-ilmu pokok dalam bidang psikologi. Kursus ini juga memberi pengukuhan kefahaman pelajar tentang teori psikologi, sejarah perkembangan, dan membina keterampilan pelajar melalui latihan amali agar pelajar mampu mempersiapkan diri, fizikal, dan mental untuk memasuki alam pekerjaan.
TELAH MENDAPAT KELULUSAN AKREDITASI PENUH OLEH MQA
PERLAKSANAAN KURSUS
Sistem pengajian dikendalikan secara sepenuh masa. Jangka masa kursus pengajian adalah minimum selama 2 ½ tahun dan maksimum selama 4 tahun. Jadual di bawah menunjukkan sistem semester yang menjadi amalan/lazim dalam sistem pengajaran dan pembelajaran Diploma Psikologi di KIST.SYARAT KELAYAKAN
LULUS SPM/ SPMV. Calon mestilah LULUS Bahasa Melayu serta mendapat tiga (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU mana-mana sijil yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
PROSPEK KERJAYA PSIKOLOGI
Calon pelajar yang mengikuti kursus program Diploma Psikologi mempunyai prospek kerjaya yang amat luas. Calon pelajar juga digalakkan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi bagi menempatkan diri dalam bidang-bidang berikut. Calon pelajar boleh menceburi bidang kerjaya ini sama di agensi kerajaan atau agensi swasta. Antara bidang kerjaya yang berkaitan dengan ilmu Psikologi ini boleh dipecahkan mengikut bidang seperti berikut:-
1. Bidang kaunseling
- Kaunselor di sektor awam & swasta
- Perunding Kerjaya
- Motivator
- Pengawai Antidadah
- Pegawai Rundingcara
2. Bidang Industri & Organisasi
- Pegawai Sumber Manusia
- Pegawai Personel
- Pegawai Latihan
- Pegawai penyelidikan
- Pegawai Pembangunan
- Pegawai Perangkaan
3. Bidang Sosial
- Pegawai/pekerja Sosial
- Pegawai Kebajikan Masyarakat
- Pegawai Pembangunan Penduduk
4. Bidang Perkembangan
- Pengajar/ Guru / Pegawai bagi Pendidikan Khas
- Pakar Perkembangan Kanak-kanak
- Pegawai Perunding Keluarga
- Pegawai Rundingcara
